KELAHIRAN CLIXSTER

haish..tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran sulung simkad clixster ni..boleh saya pakai line clixster ni..
bayak kegunaan..bukan sahaja untuk kegunaan panggilan,sms malah aku pas ni tak payah la nak susah2 bawak cash byk2 nak beli barang..aku bawak je tepun aku ni..pastu leh byr pakai tepun je..hehe..canggih tak?
g minum minum pun leh byr pakai tepun jer..hakhak..

Clixster bakal saingi telco terkemuka



Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera menyasarkan dua hingga tiga tahun untuk berdiri sebaris dengan syarikat telekomunikasi (telco) utama negara.

Clixster di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) telah diluluskan semasa persidangan tahunan Angkasa ke-27, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis berkata, bagi merealisasi hasrat itu, pelbagai strategi diatur bagi meningkatkan keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

“Buat permulaan, Clixster menyasarkan pengguna percubaan menerusi ahli Angkasa yang mempunyai 8.4 juta ahli di seluruh negara,” katanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kira-kira 60,000 pek permulaan Clixster akan dipasarkan di Terengganu yang diletakkan di kedai serbaneka T’Shoppe.

Katanya, Clixster, yang menggunakan perkhidmatan kad prabayar, dijangka dilancarkan sebelum persidangan Tahunan Angkasa yang ke-28 pada Mei ini.

Beliau memberi jaminan perkhidmatan yang diperkenal itu lebih mudah berbanding telco lain dan mendapat liputan menyeluruh, namun buat permulaan fokus utama adalah kawasan majoriti Bumiputera seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...