SOKLAN & JAWAPAN (CLIXSTER)

SOALAN DAN JAWAPAN (FAQ) - ramai yang bertanya, jadi sy tepek sini..


1. BERAPA HARGA SETIAP STARTER PACK CLIXSTER ?

Harga untuk setiap pendaftaran baru prepaid CLIXSTER adalah RM 8.90 sahaja. Di dalamnya telah tersedia nilai RM 5.00. Maksudnya jumlah yang anda bayar adalah RM 3.90 sahaja.

2. SAYA TELAH LAMA MENGGUNAKAN NO TELEFON YANG SEDIA ADA. PERLUKAH SAYA MENUKAR KE NOMBOR LAIN ?

Anda tidak perlu menukar ke nombor lain. Anda boleh menggunakan nombor yang sedia ada. Dengan syarat, penama sim kad tersebut adalah sama diwaktu tukar pendaftaran ke CLIXSTER. Pendaftaran boleh dibuat secara langsung menggunakan mykad anda melalui terminal clix2pay atau pendaftaran manual melalui salinan kad pengenalan sahaja.

3. JIKA SAYA INGIN MENGGUNAKAN NO BARU CLIXSTER, APAKAH NOMBOR AWALANNYA?

Nombor baru prepaid CLIXSTER bermula dari : 0112 – xxxxxxx.

4. BERAPA MINIMUM TOP UP ? TEMPOH HAD LAKU SIM KAD JIKA TIDAK DI ISI SEMULA?

RM 30 SETIAP BULAN untuk melayakkan mendapat panggilan PERCUMA TANPA HAD selama sebulan ke mana pengguna prepaid CLIXSTER seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan anda, sim kad CLIXSTER sah tempoh laku selama SATU TAHUN selepas anda mendaftar. Maksudnya, jika anda mendaftar sebagai pengguna CLIXSTER, dan anda tidak membuat isian semula, anda masih boleh menerima panggilan dan sms masuk selama setahun.

5. JIKA SAYA MEMBUAT ISIAN SEMULA BERPERINGKAT PERINGKAT SEHINGGA RM30 DALAM BULAN TERSEBUT,ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENDAPAT PANGGILAN PERCUMA TANPA HAD PADA PENGGUNA CLIXSTER?
.Untuk layak mendapat panggilan percuma tanpa had antara pengguna CLIXSTER, anda wajib isi semula RM 30 sekali gus.

6. BERAPA HARGA CAJ DATA DAN ADA HAD LIMIT ?

Caj data/ INTERNET hanya RM 1 sehari atau RM 30 sebulan sahaja. Tiada had limit.

7. BERAPAKAH CAJ PANGGILAN TELEFON KE LAIN LAIN TELCO SEPERTI MAXIS, CELCOM dll?
Caj panggilan ‘flat rate ‘ RM 0.10 – 0.14 sen /blok. LEBIH MURAH DARI LAIN LAIN TELCO PREPAID ATAU POSTPAID.

8. BERAPAKAH CAJ UNTUK SMS ?

Caj untuk sms hanya RM 0.08 sen sahaja flat rate ke semua talian TELCO termasuk CLIXSTER. Lebih baik anda membuat panggilan dari sms.

9. BAGAIMANA DENGAN COVERAGE CLIXSTER ? 

Untuk pengetahuan anda, SAMATA COMM. S/B membayar MAINTENANCE FEE kepada pihak Maxis dan Celcom untuk menggunakan bersama pencawang pemancar telekomunikasi mereka. JADI DIMANA ADA TALIAN CELCOM DAN MAXIS, DISITU LAH ADA CLIXSTER!

9. ADA KEISTIMEWAN LAIN JIKA SAYA MENGGUNAKAN PREPAID CLIXSTER ?

Sim kad CLIXSTER anda juga bertindak sebagai kad TOUCH & GO. Cuma sentuhkan saja handset anda ke terminal TOUCH & GO, maka secara automatic ditolak dari baki kredit anda.

10. ADAKAH CLIXSTER MEMPUNYAI SISTEM SHARING CREDIT ATAU S.O.S TOP UP?

Ya. Prepaid CLIXSTER mempunyai sistem ‘sharing credit’. Seiap transaksi akan di caj RM 0.50 sen. Perlu diingatkan, jika anda share credit anda kepada pengguna lain, ia tidak laku kepada penerima untuk tujuan aktifkan panggilan percuma antara pengguna Clister. Share credit tersebut hanya boleh digunakan untuk lain lain transaksi.

11. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PANGGILAN KE LUAR NEGARA ?

Seperti lain lain TELCO, anda boleh membuat panggilan ke mana mana negara yang anda mahu. Caj panggilan tersebut berlainan mengikut kadar antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Multi Media Malaysia.

12. SEKIRANYA SAYA BERADA DILUAR NEGARA, BERAPAKAH CAJ PANGGILAN YANG PERLU SAYA BAYAR ?

Jika anda berada di luar negara dan masih ingin menggunakan sim kad CLIXSTER anda untuk membuat panggilan dari negara tersebut, caj dua hala ( pembuat panggilan dan penerima panggilan) akan di kenakan.Ia adalah sama dengan lain lain TELCO di Malaysia. Ini adalah kerana anda menggunakan system pemancar negara mereka untuk menyalurkan panggilan anda ke Malaysia. Adalah dinasihatkan, anda menggunakan prepaid negara tersebut, kerana ia adalah lebih menjimatkan kerana tiada caj dua hala berlaku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...