20 RINGGIT

Subject: 20 inggit..


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah..... 
Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Ayah: Itu
 bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
 Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah
 ayahnya lagi.Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya
pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! 
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu
meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan
 terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang
sebegitu banyak sebelum ini. 

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih
 belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10
ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit
yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak
duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu
dapat duit tu??" 

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ...."Duit ni Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi
 10
ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak
beli
apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat
tu. Amin nak ayah balik
 kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam
dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada di
hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2
 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama
ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang
kita
 sayang?? 

Moral: 
jangan gila kerja sgt... 
berpada pada la....dan ingatlah bahawa setiap insan berhak keatas insan
yang lain (anak2) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...