Unik! Remaja Ini Malu Kerana Mempunyai Taring | Jika di Malaysia, jolokan gigi jongang
sering kedengaran lebih-lebih lagi dengan terbitnya drama Halimah Jongang. Di China pula, terdapat seorang remaja lelaki mempunyai gigibertaring. Atas sebab ketumbuhan gigi ini, dirinya sering diejek dan ini menyebabkan dirinya rasa tertekan dan malu. Kita sebagai hamba Allah tidak boleh mengejek ciptaan Allah kerana setiap apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
China – Budak pontianak. Itu gelaran yang diberikan kepada remaja berusia 16 tahun, Wang Pengfei.
Dia mendapat gelaran itu kerana hanya mempunyai dua gigi taring, walaupun usianya sudah menjangkau remaja.
Malah ketika kecil, Pengfei juga tidak memiliki rambut yang banyak. Ibunya, Wang Hui telah membawa anaknya itu ke merata tempat bagi memulihkan keadaan tersebut, namun menemui kegagalan.
Giginya juga kekal dua dan gusinya tidak lagi ditumbuhi gigi yang lain.
“Selepas menyedari dia berbeza dengan kanak-kanak lain, dia menyendiri. Pengfei juga tidak mempunyai kawan-kawan,” kata ibunya yang amat risau dengan perkembangan anak lelakinya itu.
Jelas Wang Hui, anaknya akan menyerang rakan-rakan sekelas yang merenung atau berbisik mengenai keganjilannya itu.
Menurut doktor, kos bagi merawat giginya itu melalui pembedahan menelan perbelanjaan sebanyak £7,000.
Bagaimanapun pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila dia meningkat dewasa.
THX READING MY ENTRY
No comments:
Post a Comment